Kajian Tahap Keselamatan Makanan di Putrajaya Tahun 2010 - 2013

Authors

  • Fyzul Faizal Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh, Jalan Hospital, 47000, Sungai Buloh, Selangor
  • Muniandy M. Nathan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh, Jalan Hospital, 47000, Sungai Buloh, Selangor

Keywords:

tahap keselamatan makanan, kebersihan makanan, putrajaya

Abstract

Merujuk Laporan Tahunan Pejabat Kesihatan Putrajaya trend lima tahun tahap keselamatan makanan di Putrajaya menunjukkan terdapat peningkatan dan penurunan kes dilaporkan. Ini menunjukkan isu ini adalah serius di kawasan Putrajaya. Tujuan kajian dijalankan adalah bagi mengkaji tahap  keselamatan makanan di Putrajaya. Kajian dijalankan  di 80 premis makanan yang terpilih selain daripada data tahunan yang sudah ada. Pengumpulan data melibatkan  seorang responden di setiap premis makanan yang mempunyai rekod penutupan premis. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah kajian keratan rentas dan teknik pengumpulan data pula adalah dengan menggunakan soal selidik dan instrument pengumpulan data pula adalah melalui borang kaji selidik kepada pengendali makanan. Hasil kajian menunjukkan kategori restoren yang paling tinggi di Putrajaya. Hasil analisis one sampel t-test terdapat 95% tahap kebersihan premis makanan di Putrajaya adalah melebihi penilaian 70% dengan nilai p<0.001 dengan nilai p=0.000. Selain itu, hasil ujian korelasi menunjukkan tiada perhubungan di antara tahap pendidikan dengan tahap pengetahuan kerana nilai p>0.05 iaitu dengan nilai p=0.678. Keputusan ujian crosstab hubungkait di antara tahap pendidikan dengan tahap amalan pula mencatatkan tiada kaitan kerana nilai p>0.05 dengan nilai p=0.136. Selain itu,ujian independent t test ke atas perlanggaran sampel mikrobiologi menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan pada tahun 2011 apabila p<0.01 dengan nilai p=0.015 namun tidak signifikan pada tahun 2012 dan 2013 dengan nilai p=0.05 dan p=0.202. Bagi analisis yang sama bagi perlanggaran kimia pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada tahun 2011 dengan nilai p<0.01 dengan p=0.001. Tahun 2012 dan 2013 tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan kerana nilai p adalah p>0.05. Kesimpulan kajian ini adalah wujud perkaitan antara kebersihan premis dengan perlanggaran sampel mikrobiologi dan fokus yang lebih harus diutamakan kepada tahap kebersihan premis makanan bagi menjaga keselamatan dan kesihatan orang awam.

Downloads

Published

18-03-2019

How to Cite

Faizal, F., & Nathan, M. M. (2019). Kajian Tahap Keselamatan Makanan di Putrajaya Tahun 2010 - 2013. MAEH Journal of Environmental Health, 1(1), 34–37. Retrieved from https://www.jurnal.maeh4u.org.my/index.php/home/article/view/10