Kajian Kepuasan Kerjaya Dalam Kalangan Pegawai Kesihatan Persekitaran Dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Di Kementerian Kesihatan Malaysia

Authors

  • Mohamad Ridzuan Mohamad Salleh Bahagian Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
  • Rosnani Ab Hamid Bahagian Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
  • Abd Hamid Osman Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Azam Othman Cawangan Pembangunan Profesyen, Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Shafizi Abdul Wahab Bahagian Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
  • Kayrul Hidayah Mansor Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Ummi Nadiah Yusoff Bahagian Kawalan Penyakit, Putrajaya, Malaysia
  • Mohd Hatta Mutalip Institut Kesihatan Umum

Keywords:

kepuasan kerjaya, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pegawai Kesihatan Persekitaran, Kementerian Kesihatan Malaysia

Abstract

Satu kajian keratan rentas mengenai kepuasan kerjaya dalam kalangan Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP), di Kementerian Kesihatan Malaysia dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerjaya dalam kalangan profesion ini. Borang soalselidik yang diadaptasi dan divalidasi daripada Minnesota Satisfaction Questionnaire (MSQ), University of Minnesota (1977) digunakan untuk menjana skor keseluruhan dan purata skor bagi kepuasan kerjaya. Analisa data deskriptif dan One-way ANOVA dijalankan menggunakan SPSS Versi 19 dengan penetapan nilai signifikan bacaan nilai p<0.05. Sejumlah 385 reponden terpilih dengan komposisi mereka yang bertugas di Jabatan Kesihatan Negeri (13.4%), Pejabat Kesihatan Daerah (65.1 %), Pejabat Kesihatan Kawasan di Negeri Sabah (5.6 %), Pejabat Kesihatan Bahagian di Negeri Sarawak (8.1 %), Pintu-pintu Masuk Negara (6.7 %) dan hospital-hospital kerajaan (1.1 %). Majoriti adalah Melayu (69.8%), lelaki (74.9%) dan bujang (70.1 %). Min umur responden adalah 33.4 (±9.832) dan 16.5% responden telah berkhidmat lebih 15 tahun. Dapatan kajian menunjukkan majoriti 69.9% responden berpuashati dengan kerjaya. Tiga Indikator tertinggi adalah perkhidmatan sosial (89.64%), kuasa (87.5%) dan kerjasama (85.7%). Manakala tiga indikator tertinggi tidak bepuas hati adalah keselamatan (61.88%), penyeliaan sumber manusia (60.22%), penyeliaan teknikal (61.96%). Analisis One-way ANOVA signifikan pada nilai p <0.05 menunjukkan faktor-faktor demografi yang mempengaruhi kepuasan kerjaya dalam kalangan responden adalah bangsa. Manakala faktor yang tidak mempengaruhi kepuasan kerjaya adalah negeri, jantina, kelayakan akademik tertinggi dan tempoh perkhidmatan. Kajian ini menunjukkan faktor demografi yang mempengaruhi kepuasan kerjaya dalam kalangan responden adalah bangsa. Suatu kajian susulan yang lebih komprehensif perlu dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor ketidakpuasan kerjaya dalam kalangan PKP dan PPKP di KKM seterusnya meningkatkan penggunaan sumber manusia yang lebih efisien dan memajukan perkembangan kerjaya profesion PKP dan PPKP di Kementerian Kesihatan.

Downloads

Published

27-08-2021

How to Cite

Mohamad Salleh, M. R., Ab Hamid, R., Osman, A. H., Othman, A., Abdul Wahab, S., Mansor, K. H., Yusoff, U. N., & Mutalip, M. H. (2021). Kajian Kepuasan Kerjaya Dalam Kalangan Pegawai Kesihatan Persekitaran Dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Di Kementerian Kesihatan Malaysia. MAEH Journal of Environmental Health, 3(2), 47–53. Retrieved from https://www.jurnal.maeh4u.org.my/index.php/home/article/view/34