Persepsi Peniaga Terhadap Kawalan Tikus yang Dijalankan di Pasar Moden Seksyen 6 dan Seksyen 16 Shah Alam, Selangor
Keywords:
kawalan tikus, kerjasama, PBT, pasar, penyakit, perangkap tikusAbstract
Pasar merupakan salah satu kawasan di perbandaran yang sering menjadi kawasan hurungan atau infestasi tikus dan masalah ini sering dilaporkan di media massa. Tikus juga merupakan makhluk perosak bukan sahaja boleh merosakan malah adalah punca merebaknya penyakit. Menjadi tanggungjawab peniaga di pasar-pasar untuk mengawal kehadiran tikus ini ke pasar-pasar bagi memastikan kawasan premis pasar mereka selamat. Kajian ini dijalankan bagi melihat persepsi para peniaga dalam mengawal kehadiran tikus di pasar. Kajian ini melibatkan 56 orang responden iaitu peniaga dari dua kawasan kajian iaitu Pasar Moden Seksyen 6 dan Pasar Moden Seksyen 16, Shah Alam. Kajian menggunakan borang soal selidik dan data dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For Social (SPSS) versi 21.0. Statistik deskriptif seperti frekuensi, min dan sisihan piawai digunakan untuk mengenalpasti tahap keberkesanan pemboleh ubah yang dikenalpasti dan paling dominan dalam kawalan tikus oleh responden. Dapatan kajian menunjukan perancangan pemasangan perangkap tikus adalah aspek yang paling dominan iaitu min keseluruhan adalah 4.05 (SD = 0.648) berbanding aspek lain. Dapatan kajian juga menunjukan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (? = 0.05) antara Pengetahuan Berkaitan Tikus (p = 0.676), Perancangan Pemasangan Perangkap Tikus (p = 0.666), Pembersihan Pasar dan Rekabentuk (p = 0.138) dan Kerjasama dengan PBT (p = 0.616) dengan kawasan pasar moden berkaitan. Oleh itu disarankan agar para peniaga meningkatkan lagi kesedaran berkaitan kawalan tikus. PBT pula perlu meningkatkan lagi promosi pendidikan kesihatan berkaitan kawalan tikus. Kerjasama yang lebih baik amat digalakan antara peniaga dan PBT agar perkara yang dirancang dan dilaksanakan dapat dilakukan dengan sempurna.