Kajian Keberkesanan Penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (APSPP) Terhadap Joint Management Body (JMB) di Pejabat Kesihatan Daerah Cheras

Authors

  • Nurhuda Mohamad Ramli Pejabat Kesihatan Daerah Cheras, Kuala Lumpur
  • Muniandy M. Nathan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Buloh, Jalan Hospital, 47000, Sungai Buloh, Selangor

Keywords:

penguatkuasaan APSPP, demam denggi, JMB

Abstract

Kepadatan penduduk yang tinggi dan keluasan tanah yang terhad di daerah Cheras menyebabkan pemaju perumahan membuat keputusan untuk mendirikan perumahan bertingkat. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pematuhan dan keberkesanan pelaksanaan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 19575 terhadap Joint Management Body (JMB) di bawah bidang kuasa Pejabat Kesihatan Daerah Cheras berikutan jumlah kes yang tinggi di perumahan bertingkat. Seramai 180 orang responden yang mewakili penduduk yang menetap di perumahan bertingkat dan 90 pihak Joint Management Body (JMB) melalui borang soal selidik telah diselidik. Hasil kajian menunjukkan bahawa kekerapan aktiviti penguatkuasaan mempengaruhi tahap kebersihan di kawasan perumahan bertingkat. Selain itu, tahap pengetahuan penduduk bukan warganegara tentang penyakit demam denggi sangat rendah disebabkan ketidakberkesanan promosi kesihatan. Oleh itu, pihak Joint Management Body (JMB) mestilah mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai penyakit demam denggi supaya dapat membantu pihak kesihatan mengawal perebakan penyakit demam denggi. Selain itu, penduduk yang menetap di kawasan perumahan bertingkat perlu mengetahui tentang bahayanya penyakit demam denggi agar dapat mementingkan kebersihan di kawasan perumahan individu dan kawasan persekitaran perumahan. Kesedaran daripada penduduk terhadap penyakit demam denggi adalah penting kerana penduduk adalah penyumbang kepada pembiakan nyamuk Aedes.

Downloads

Published

24-03-2020

How to Cite

Ramli, N. M., & Nathan, M. M. (2020). Kajian Keberkesanan Penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (APSPP) Terhadap Joint Management Body (JMB) di Pejabat Kesihatan Daerah Cheras. MAEH Journal of Environmental Health, 2(2), 20–23. Retrieved from https://www.jurnal.maeh4u.org.my/index.php/home/article/view/7